~~mymissD....my e-Diary....my HeaRt RaNt$....mai, mai, mai...ChEck iT oUt.....~~

Friday, May 4, 2012

aKu TAK somBong


"sombong laa awak ni..."

"garang gilerr seyh..."

"bajet baek doh..."

"konon alim laa tuu..."

"toksah nak ego sangat la kawan.."


ni antare ayat2 common yg aku salu dengar & faced sendrik...
kadang2 aku pon x paham kenape orang nak cakap ceni...

sombong??

garang??

bajet baek??

alim??

ego??

kadang tu aku rase cam nak bukak kamus dewan edisi keempat je tok cek balek ape maksod perkataan2 yg orang2 dok cakap2 nih...
tapi aku rase daripade dok sebok nak cek maksod2 perkataan ni, baek aku main teka silang kata ke main jigsaw puzzle ke...x pon sudoku ke...mengasah minda gak sket...
eh, da temelalut plak...
sowi2...
back to da point...
i juz dont get it why people wanna say diz to people like 'us'


'us' who??
'us' di sini refers to muslimat...


sebab tanak sembang2, we've been labelled as SOMBONG
juz bcoz we're simply remain silent, people start to say dat we're GARANG
since we're most likely to be hollow and would not talking to boys unless there's somethin needed to be voiced out, then we are said to be as BAJET BAEK
tudung besar sket, then they called us budak ALIM
and 
when what've we done doesn't fit what they think, they simply said dat we're EGO



mudahnya manusia menjatuhkan hukum........
(-_-")





siapa tahu, diamnya seorang muslimah itu daripada berkata-kata yg x perlu adalah untuk menjaga mulut dan lidahnya

Ditanya Rasulullah mengenai sebab utama seseorang manusia masuk syurga, lalu baginda menjawab: "Takwa dan baik akhlaknya". Selepas itu ditanya lagi sebab utama manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab; "Ada dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan. (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).


mungkin juga dia berdiam kerana sedang berfikir apa2 yg perlu fikirkannya

Daripada Shafwan Salim, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: "Apakah
tidak aku khabarkan kepadamu bahawa ibadah yang paling mudah dan paling
ringan kepada tubuh badan ialah diam dan bagus akhlaknya.

Abu Hurairah pula berkata, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:" Barang
siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata
dengan baik atau diam saja."

sembang2 baginya bukanlah tiada, tapi bukan dengan sembarangan sahaja
barangkali dia mahu menjaga diri dan hatinya
agar x jadi fitnah buat yg bukan mahramnya

Dari Usamah bin Zaid R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda;

“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”





dia tampak kaku
tapi x bermakna dia hanya tahu membatu
bukanlah garang jika dia begitu
cuma itulah prinsip dan ketegasannya dalam membentengi diri yg x kuat selalu

dia juga senyum
dia juga tahu tertawa
tapi dia tahu senyumnya bukan percuma
dan tawanya bukan bersama sesiapa sahaja
kerana dia takut
senyum tawanya menimbulkan 'penyakit' pada hati2 yang sedia sakit

"wahai isteri2 nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yg lain, jika kamu bertakwa. maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yg ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik" 
(33:32)




tudung
ramai yg pakai tudung
tapi dia sedikit berbeza kerana saiz tudungnya
tudung labuh, tudung besar, tudung bidang 60
ada juga yg kata "mcm pakai telekung"
mana tahu, di sebalik tudung yg besar itu dia masih gila-gila
siapa tahu, di sebalik tudung yg labuh itu dia juga masih tercari-cari cahaya
namun dia tahu, dengan tudung inilah
 yg dalam gila-gilanya, dia masih ingat utk menjaga batas-batas pergaulannya
dengan tudung ini jugalah dia rasa lebih dekat dengan-Nya
dia juga mula rasa malu bila buat hal2 yg sia2
dia bukan bajet baek
malah x langsung rasa dirinya alim
cuma dia harap tudungnya itu sentiasa mengingatkan dirinya
agar jaga diri dari perkara2 yg x baik
juga dapat membantu dirinya 
supaya 
hatinya terjaga
akhlaknya terpelihara
dan akidahnya makin teguh pada-Nya

"dan katakanlah kpd para perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yg (biasa) terlihat. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kpd suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka........................"
(24:31)







orang memberi, kita menerima
ayat yg biasa kita dengar dan memang x pelik rasanya
hadiah
cenderahati
cenderajiwa
saguhati
sagujiwa 
dan lain-lain nama yg sama erti dengannya
apalah salah kita menerima?

namun bg dia x semua yg diberi perlu diterima
lagi2 yg datang dari yg bukan mahramnya
kerana dia sendiri ada sebabnya
sebab2 yg menakutkannya

takutnya dia jika hatinya terusik apabila menerima
takutnya dia andai dia jadi lemah dalam mujahadahnya
takutnya dia Tuhannya murka dengannya
kerana mungkin dia menjadi fitnah tanpa sedarnya

memberi & menerima hadiah itu harus hukumnya 
dan yg harus hukumnya itu boleh menjadi dua
pahala atau dosa

"sesungguhnya hati itu tenteram dengan perkara2 yg baik dan tidak tenang dengan dosa"

egokah dia andai dia tak mahu menerima atas dasar mahu menjaga hatinya?
egokah dia jika dia menolak utk menjaga fitrahnya daripada menjadi fitnah?

sungguhlah, menjadi baik itu bukan perkara mudah....








aku taw ramai muslimah yg disalah anggap cenggini out there
to all muslimah2 sekalian
ingatlah
jangan mudah mengalah
let 'em say and think what they want to
juz remember dat u're doing so for da sake of HIS redha 
bak kate lagu hijjaz

"utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia"


jika memang atas rasional2 picisan yg dinyatakan di atas tadi yg membuatkan mereka mengatakan kami begitu dan begini
(mood debat)
maka kataku

biarlah aku sombong
yg penting, Allah sentiasa tolong

biarlah aku garang
janji Allah sayang

biarlah aku bajet baek
sebab Allah memang suka benda2 baek

biarlah aku kononnya alim
sebab aku memang nak jadi muallim pon
***muallim = guru

dan

biarlah aku ego
yg penting, Allah taw why am i doing so




Lastly, i wanna dedicate ayat2 below to all muslimah:

Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita. 
Kerna Allah faham akan isi hati kita.
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,
Kerna tiada hakim sebaik Allah.
Ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, 
ingatlah Allah bersama kita..
Dan ketika kita ditimbus tanah, 
ketahuilah hanya Amal yang setia bersama kita..
Tiada yang menyakitkan, 
tiada pula yang menakutkan 
jika hati ini terikat pada cinta kepada Allah dan Rasulnya.. :)







PROUD TO BE MUSLIMAH
(say it out loud !!!!)



(^_^)v